Read more: Tutorial...(Auto Readmore Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 27, 2011

MENITI BAHAGIA (BAB SATU) Part 2

            “Saya sayang dia, Ecah. Saya cintakan dia, tapi sekarang dia dah tinggalkan saya. Apa saya nak buat lagi? Kenapa dia tinggalkan aku?” Aku seakan tidak dapat menerim takdir yang Allah tentukan. Aku menangis mengenangkan semua yang berlaku pada hidupku.
            “ Awak jangan cakap macam tu, awak kena terima, kena redha dengan apa yang Allah tetapkan untuk kita, Allah tahu apa yang direncanakan untuk hambanya,” Pesan Ecah sambil mengusap lembut bahuku. Aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja.
            Aku mengambil masa yang lama untuk aku melupakan semua yang berlaku pada diriku. Permintaan terakhir suamiku amat payah untuk aku lakukan. Namun aku perlu tunaikan permintaan tersebut. Tapi aku buntu. Aku masih belum menemui sebarang petanda.
            “Ecah, awak kena tolong saya, saya dah tak tahu nak mintak tolong dengan siapa lagi, saya nak cari diorang kat mana? Datuk langsung tak beri petunjuk.”
            “Saya pun tak tahu macam mana saya nak tolong awak, tapi saya rasa awak patut siarkan dalam surat khabar ke majalah ke, itu lagi senang?”
Aku langsung tak terfikir semua tu, mungkin memikirkan banyak hal yang berlaku. Aku bersyukur sangat pada Allah, sebab Ecah sentiasa ada bersama aku susah senang.       
            “Ecah, terima kasih tau, sebab sentiasa bersama saya susah senang, kalau Ecah tak ada tak tahu lah.”
            “Kitakan kawan,”
**********************************************************************************
            Selepas penyiaran gambar pewaris tunggal Datuk Iskandar, bertalu-talu panggilan telefon dari mereka yang mengaku diri mereka. Tetapi apabila ditemuduga dan diminta untuk menjalani ujian DNA semua hilang. Aku semakin berputus asa. Aku sudah mencapai jalan buntu. Dimana lagi aku akan mencari pewaris tunggal Datuk Iskandar.
“Abang, kat mana lagi Mira nak cari anak tunggal abang? Mira dah tak tahu nak buat apa lagi,” ngomel hatiku. Tiba-tiba mataku terpaku pada satu kotak di atas almari pakaian dibiliku. Aku bingkas bangun dan mencapai kotak using tersebut. Dengan perlahan aku membuka kotak itu.
            “Ya Allah, terima kasih Ya Allah, terima kasih!!” aku terus bergegas turun. Capai kunci kereta dan meluncur laju ketempat yang akan kutuju.
“Ecah, bersiap sekarang, saya datang ambik awak.” Tanpa sempat Ecah bertanya apa-apa aku terus matikan talian. Sesampai aku di depan rumah Ecah, Ecah sudah bersiap dalam keadaan muka bingung
            “Cepat masuk!” jeritku. Ecah hanya menurut.
            “Kita nak kemana?”
            “Ikut je, nanti saya cerita,”
Read more: Tutorial...(Auto Readmore Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution

No comments: