Read more: Tutorial...(Auto Readmore Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 25, 2011

MENITI BAHAGIA (BAB SATU) Part 1

Bukan mudah untuk seseorang menyesuaikan diri dalam kehidupan yang agak baru pada fikirannya. Sama seperti aku, kerana kemiskinan aku dikahwinkan dengan seorang kenalan ayah yang sebaya dengan ayah. Aku yang tak tahu menahu hanya mengikut kata-kata ayah. Majlis hanya ringkas. Kehidupan aku selepas berkahwin berubah. Suamiku yang seorang bergelar Datuk dan ahli perniagaan yang Berjaya member segala kemewahan padaku. Ketika itu umurku baru mencecah 20tahun. Suamiku mengahntar aku ke luar Negara untuk melanjutkan pelajaranku dalam bidang perniagaan. Aku sangat bertuah keran mempunyai seorang suami yang sangat baik hati. Walaupun dia suamiku tetapi dia tidak pernah menyentuh tubuhku.
“ Abang nak Mira belajar betul-betul sampai Mira arif dalam dunia perniagaan. Nanti bila abang dah tak ada, Mira boleh teruskan dan majukan syarikat kita,” Pesan suamiku sebelum aku bertolak ke Amerika. Aku terharu dengan pesanan itu.
“Saya akan belajar bersungguh-sungguh. Saya tak akan lupa jasa Datuk pada saya, tak ramai yang sanggup buat apa yang Datuk buat pada saya,” ujarku. Panggilan Datuk untuk suamiku yang kurasakan sesuai, padahal dia sendiri menggelarkan dirinya ‘Abang’. Aku masih belum bersedia dengan panggilan itu kerana aku sudah terbiasa dengan panggilan ‘Datuk’.
****************************************************************************
            “ Mira!!”
Lamunanku terhenti bila disergah Ecah, teman baikku semasa belajar di Amerika dua tahun lepas.
            “ Jauh termenung, ingat kat siapa? Ingatkan arwah suami awak??” Aku hanya mendiamkan diri. Mengiyakan pun tak, menidakkan pun tak. Tapi yang pasti aku memang merinduinya. Walaupun dia suamiku tapi aku menganggapnya sebagai ayahku. Aku rasa menyesal bila mendapat panggilan daripada pembantu rumah memberitahu Datuk meninggal dunia dalam tidur. Aku tak dapat balik ke Malaysia kerana waktu itu minggu peperiksaan dan tahun terakhir aku di sana. Aku sangat terkilan, aku tak pernah menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri.
            “ Sudahlah tu, saya rasa dia tak salahkan awak. Lagipun masa tu awak muda lagi, bukan salah awak tak jalankan tanggungjawab awak pada dia, awak menimba ilmu kan? Lagipun mendapat keizinan dari dia,” jelas Ecah yang memahami apa yang aku fikirkan.
“ Entahlah,Ecah… saya tak tahu kenapa saya asyik terfikirkan perkara ni. Saya cuba tak fikirkan, tapi saya rasa saya sangat rindukan suami saya,” akuiku. Aku memang merinduinya.
“Saya faham, tapi jangan seksa diri awak, awak kena bina hidup baru, awak dah bacakan surat yang arwah tinggalkan untuk awak,”
Ya, surat tu. Surat wasiat peninggalan arwah untuk aku. Kerana surat itu mungkin aku berperasaan seperti ini. Datuk sangat baik. Dengan surat itu aku mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan surat itu aku mula menyayangi lelaki yang bergelar suamiku.

P/S=> nak tahu apa isi kandungan surat itu??? Tunggu sambungan seterusnyer..


Read more: Tutorial...(Auto Readmore Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution

No comments: