Read more: Tutorial...(Auto Readmore Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 28, 2011

MENITI BAHAGIA (BAB SATU) Part 3

          sambungan PART 2

“Ikut je, nanti saya cerita,” Ecah tidak lagi bertanyakan aku apa-apa persoan lagi sehinggalah kami sampai disebuah rumah papan.
“Assalamualaikum…!! Assalamualaikum…!!” seorang perempuan tua keluar dari dalam rumah.
“Waalaikumussalam, cik cari siapa?” Tanya perempuan itu.
“Ermmm, Makcik, tumpang tanya, Nadia Iskandar tinggal kat sini ke?”
“Deeya? Kenapa cari dia? Memang dia tinggal dengan Makcik.” Aku tersenyum puas.
“Alhamdulillah. Saya Isteri abang Iskandar…”
“Apa?” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku Makcik itu seakan terperanjat.
“Saya isteri abang Iskandar, Datuk Iskandar Ismail. Arwah abang Iskandar,” jawabku.
“Arwah? Is dah meninggal? Kenapa kami tak tahu? Ya Allah, anak aku,” Mak Cik terduduk sambil menangis. Betullah sangkaan aku, perempuan ini mesti ibu kepada abang Iskandar.
“Mak Cik dah lama tak jumpa dengan Is selepas tahu dia ingin kahwin lain selepas isteri dia meninggal, Deeya pula, memberontak bila papanya memberitahu nak kahwin lain,” Mak Cik Mona membuka cerita.
“Mak Cik, abang Is anggap saya macam anaknya sendiri, dia tak pernah sentuh saya, abang Is masih sayangkan arwah isterinya, dia kahwin dengan saya sebab dia nak balas budi ayah saya yang telah selamatkan dia dulu, kami dulu sangat miskin, abang Is sara saya, dan permintaan terakhir dia, dia nak saya cari anak tunggalnya untuk menyerahkan harta peninggalan arwah, saya dah lama cari Nadia tapi tak jumpa, kami siarkan dalam surat khabar tapi ramai yang penipu.”
“Sekarang kami dah jumpa, saya cuma nak serahkan wasiat ni pada Mak Cik dan Nadia, itu saja, saya tak pernah berniat nak merampas harta abang Is, saya pun tak pernah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri semasa hayatnya, saya menyesal tapi tiada gunanya, saya minta maaf Mak Cik.” Aku menangis lagi mengenangkan perbuatanku terhadap arwah Datuk Iskandar.
“Apa??!! Kau lah perempuan yang rampas papa aku? Kau datang sini nak buat apa? Berambus sebelum aku panggil polis!!” tiba-tiba seorang gadis sebayaku menengking aku, aku pasti itu Nadia.
“Deeya, dia bukan macam tu, Deeya, papa Deeya dah meninggal, Mira datang nak serahkan wasiat papa pada Mira,” jelas Mak Cik Mona. Nadia terdiam. Airmata bergenang dikelopak matanya.
“Apa? Papa..?? tak mungkin lah, Deeya belum minta maaf dengan papa, tak mungkin papa tinggalkan Deeya, nek,” raung Deeya. Mak Cik Mona memujuk Nadia.
“Deeya, saya minta maaf, saya akan pergi tapi saya nak serahkan dokumen ni pada Nadia, pesanan dari Papa. Mak Cik saya minta diri dulu, tanggungjawab saya dah selesai,”
“Mira, terima kasih atas segalanya, Mak Cik bersyukur sebab anak Mak Cik kahwin dengan Mira, maafkan tindakan Deeya,” aku mengeleng sambil tersenyum.
“Mak Cik jangan bimbang, kalau saya ditempat Deeya, mungkin saya lakukan perkara yang sama, Deeya tak salah, saya balik dulu, Assalamualaikum,” kami beredar selepas bersalaman dengan mereka.
Salam sayang,
Abang minta maaf jika abang tersalah atau terkasar bahasa selama abang berbelar suami sayang. Abang sebenarnya mencintai sayang. Tapi abang tahu sayang xkn cintakan abang sebab abang sebaya ayah sayang, lagi-lagi abang kawan baik ayah sayang. Abang sendiri tak pasti bila abang jatuh cinta pada sayang, mungkin pada pertama kali abang tengok sayang dirumah hari tu, layanan sayang, kata-kata sayang mengingatkan abang pada arwah isteri abang. Bukan cinta abang pada sayang untuk menggntikan isteri abang tapi cinta setulus hati abang.
Sayang,
Abang Cuma nak sayang mencintai abang sepenuh hati abang, tapi abang juga tak nak memaksa sayang untuk mencintai abang. Abang tahu, abang tak sesuai dengan sayang tapi abang benar-benar cinta pada sayang, abang sayangkan sayang. Abang nak sayang berjanji pada abang, jika abang dah kembali pada-Nya, sayang carilah penganti abang yang lebih baik dan sesuai dengan sayang, abang izinkan sayang mencintai lelaki yang bakal menjadi suami sayang kelak.

Sayang,
Satu lagi permintaan abang, abang nak sayang cari anak tunggal abang NADIA BINTI ISKANDAR, apabila abang dah tiada nanti. Abang nak sayang serahkan wasiat ini kepada dia, cakap padanya abang minta maaf sebab berkahwin lain, abang masih lagi mencintai Mamanya, abang berkahwin kerana cinta pada sayang dan ini membalas jasa baik Anuar. Dalam wasiat tu juga abang serahkan syarikat baru abang Ismira Holdings kepada sayang. Sayang  majukan syarikat tu dengan besungguh-sungguh. Abang tak nak sayang bermusuhan dengan family mertua sayang dan anak abang. Abang nak mereka terima  sayang sebagaimana abang menerima sayang. Abang minta maaf sebab abang hanya tinggalkan syarikat, rumah dan kereta saja, abang tak nak mereka mencemuh sayang dengan mengatakan sayang hanya inginkan harta abang sebab abang tahu sayang bukan seperti itu, walau apa pun sayang kena jaga baik-baik pemberian abang, dan abang nak sayang anggap anak abang seperti anak sayang sendiri.

Sayang,
rasanya dah panjang lebar abang menulis, setakat ini dulu, insyaAllah jika jodoh kita berpanjangan kita akan bersama lagi pada hayat akan datang,
luv
abang

*******************************************************************************
Read more: Tutorial...(Auto Readmore Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution

No comments: