Read more: Tutorial...(Auto Readmore Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 6, 2011

MENITI BAHAGIA (BAB SATU) Part 4

Selepas pulang dari rumah Mak Cik Mona, aku tidak lagi berhubung atau mendengar khabar mengenai mereka. Aku terus dengan kerjaku tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sesekali Ecah ada menasihatiku supaya berfikir untuk diri sendiri. Sampai bila aku nak hidup membujang.
Tok! Tok! Tok!
            “Masuk!”
            “Puan, tetamu dari Singapore dah sampai,” kata, Nana selaku setiausahaku.
            “Singapore??? Saya ada temujanji dengan diorang ke hari ni?”
            “Puan lupa ke? Kan hari ni Puan yang jemput En.Fendy datang untuk bincang mengenai proposal projek Legacy tu,” jelas Nana.
            “Oh, ya lupa pulak saya, okeylah awak suruh dia masuk,” pelawaku. En.Fendy masuk.
            “Hai,”
            “Hai,” kami bersalaman.
            “So, macam mana dengan tempat baru?” tanya Fendy. Fendy teman sewaktu belajar di Amerika dulu.
            “Okey je..seronok kat sini. Sebab sendiri punya kan? You ke yang handle pasal projek tu?” tanyaku pula. Fendy mengangguk.
            “Mungkin ini jodoh kita, dipertemukan semula, dan sekarang you single, and I come here, right?” aku hanya tergelak dengan kata-kata Fendy.
            “Apalah you ni. I jemput you datang sini untuk bincang pasal projek kita bukan pasal jodoh, sejak bila pandai cakap pasal jodoh ni? Setahu I laa, Fendy yang I kenal dulu tak suka bercerita pasal jodoh, kahwin, nikah ni kan?”
            “Manusiakan boleh berubah, but seriously, I’m really love u, Mira,” Fendy mula bermain perasaan.
            “Macam mana dengan proposal tu? You setuju atau ada nak tambah apa-apa?” aku cuba bercakap mengenai projek kami.
            “Yup, I think this proposal is the best, and I like.” Jawab Fendy, aku tersenyum.
            “So, kalau tak ada apa-apa masalah kita boleh teruskan mengikut perancangan,”
Fendy hanya angguk.
            Hati aku masih lagi tertutup untuk mana-mana lelaki. Hanya suamiku yang ada dalam hati aku sekarang. Aku tak mampu dan tak dapat menerima cinta lelaki lain.
Read more: Tutorial...(Auto Readmore Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution

No comments: